Saturday, January 15, 2011

Berita Tergempar dunia

mesti korang da tau kan pasal akaun fesbuk yg nak tutup bulan 3 neh.. yeeaahhh global beb berite neh..
macam2 reaksi ade dari pengune fesbuk, ade yang xkisah ade yg kisah sangat sampai buat petisyen soh mintak si Mark Zuckerberg jgn tutup akaun.. dengar citer si Mark neh da malas da nak handle fesbuk.. so die dengki la nak tutup fesbuk neh bagi korang merane..
tapi bagi pendapat aku... xde maknenyer diorang nak tutup pon... mende neh duet beb.. duet.. D>U>E>T.... a.k.a bahasa Melayu bakunya WANG..
yang surat layang la.. berite cam haram pasal fesbuk nak tutup tu pun salah satu promosi ala-ala promosi awal tahun baru .. baru la fresh sket fesbuk neh... ye tak?? xkisah la sape2 buat ke.. malaun dengki ngan fesbuk ke.. si Mark sendiri ke.. pendek kate .. neh sume promotion free kat fesbuk

 
“I don’t care about the money, I just want my old life back.”


ppooorrahhhhh... ciiitttt....!!!!!!
.
..
p/s : ade aku kisah fesbuk nak tutup ke x? hahahaha

Friday, January 7, 2011

Cikgu Shida Ada sebab kenapa jadi begitu

Salam semua..

Sebelum ini, jujurnya saya memang kurang suka dengan Cikgu Shida. Bukan sebab saja2 tak suka tapi bila tengok video dia, tak tahu nak kata lawak ataupun kelakar. Tak sampai seminit tengok, terus saya close video Cikgu Shida Miming kat youtube.

Malam ini, tengah ronda – ronda blog rakan – rakan, baru terjumpa kenapa dan mengapa Cikgu Shida jadi sebegitu. Bukanlah untuk mengaibkan dia tetapi agak pelik dengan pelbagai aksi miming tanpa segan yang mungkin menghiburkan anda semua.


Kalau anda teringin nak tahu kenapa Cikgu Shida l Kenapa Jadi Begitu, rajin – rajinkan diri membaca dengan gigih kat blog cikgu dahlia. Sekadar berkongsi supaya dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.
P/s: Sape yang suka dengan Video Miming Cikgu Shida? Sila angkat kening. hoho!

Monday, January 3, 2011

yuna ada pakwe ke ?

Malah  pernah dengar juga bahawa mereka sebelum ini pernah menafikan hubungan mereka di dalam sebuah program TV. Tapi sejauh mana mereka menafikan, sejauh itu jugalah  sukar untuk mempercayainya.



Mana tidaknya, kalau berkepit sana ke sana ke mari bersama, adakah itu masih dipanggil kawan? Tolonglah,  sudah lali sangat dengan dunia hiburan, bukannya sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya.

Kalau nak tahu, ini bukanlah juga kali pertama  terserempak dengan dua sejoli itu, tapi sudah beberapa kali. Terbaru  nampak Yuna dan Qi datang bersama ketika majlis Anugerah majalah Cosmopilitan di Solaris baru-baru ini.

Pernah juga  terserempak dengan mereka berdua sedang membeli-belah di Bukit Bintang. Amboi, bukan main mesra lagi Yuna dan Qi. Terpancar keriangan di wajah Yuna kala Qi menyatakan sesuatu. Senyuman yang sukar diungkap.

Apa yang pasti mereka langsung tak segan silu, walaupun mereka tahu bahawa gerak- geri mereka diperhatikan ramai.

Jika benar Yuna dan Qi bercinta, tak boleh cakap apa kerana hakikatnya  suka sangat melihat keakraban yang terjalin antara mereka berdua. Memang secucuk dan sepadan.

aku rasa, Yuna dan Qi boleh menjadi pasangan yang serasi. Mereka langsung tak hipokrit seperti kebanyakan selebriti lain, cuma mungkin mereka belum bersedia mengumumkan perhubungan sebagai pasangan kekasih.