Monday, January 3, 2011

yuna ada pakwe ke ?

Malah  pernah dengar juga bahawa mereka sebelum ini pernah menafikan hubungan mereka di dalam sebuah program TV. Tapi sejauh mana mereka menafikan, sejauh itu jugalah  sukar untuk mempercayainya.



Mana tidaknya, kalau berkepit sana ke sana ke mari bersama, adakah itu masih dipanggil kawan? Tolonglah,  sudah lali sangat dengan dunia hiburan, bukannya sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya.

Kalau nak tahu, ini bukanlah juga kali pertama  terserempak dengan dua sejoli itu, tapi sudah beberapa kali. Terbaru  nampak Yuna dan Qi datang bersama ketika majlis Anugerah majalah Cosmopilitan di Solaris baru-baru ini.

Pernah juga  terserempak dengan mereka berdua sedang membeli-belah di Bukit Bintang. Amboi, bukan main mesra lagi Yuna dan Qi. Terpancar keriangan di wajah Yuna kala Qi menyatakan sesuatu. Senyuman yang sukar diungkap.

Apa yang pasti mereka langsung tak segan silu, walaupun mereka tahu bahawa gerak- geri mereka diperhatikan ramai.

Jika benar Yuna dan Qi bercinta, tak boleh cakap apa kerana hakikatnya  suka sangat melihat keakraban yang terjalin antara mereka berdua. Memang secucuk dan sepadan.

aku rasa, Yuna dan Qi boleh menjadi pasangan yang serasi. Mereka langsung tak hipokrit seperti kebanyakan selebriti lain, cuma mungkin mereka belum bersedia mengumumkan perhubungan sebagai pasangan kekasih.

1 comment: