Malah  pernah dengar juga bahawa mereka sebelum ini pernah  menafikan hubungan mereka di dalam sebuah program TV. Tapi sejauh mana  mereka menafikan, sejauh itu jugalah  sukar untuk  mempercayainya.
Mana tidaknya, kalau berkepit sana ke sana ke mari bersama, adakah itu  masih dipanggil kawan? Tolonglah,  sudah lali sangat dengan  dunia hiburan, bukannya sehari dua, malah bertahun-tahun lamanya.
Kalau nak tahu, ini bukanlah juga kali pertama  terserempak  dengan dua sejoli itu, tapi sudah beberapa kali. Terbaru   nampak Yuna dan Qi datang bersama ketika majlis Anugerah majalah  Cosmopilitan di Solaris baru-baru ini.
Pernah juga  terserempak dengan mereka berdua sedang  membeli-belah di Bukit Bintang. Amboi, bukan main mesra lagi Yuna dan  Qi. Terpancar keriangan di wajah Yuna kala Qi menyatakan sesuatu.  Senyuman yang sukar diungkap.
Apa yang pasti mereka langsung tak segan silu, walaupun mereka tahu bahawa gerak- geri mereka diperhatikan ramai.
Jika benar Yuna dan Qi bercinta, tak boleh cakap apa kerana  hakikatnya  suka sangat melihat keakraban yang terjalin antara  mereka berdua. Memang secucuk dan sepadan.
aku rasa, Yuna dan Qi boleh menjadi pasangan yang serasi. Mereka  langsung tak hipokrit seperti kebanyakan selebriti lain, cuma mungkin  mereka belum bersedia mengumumkan perhubungan sebagai pasangan kekasih.



huhuhuh
ReplyDeleteala..
ayat cover jewk!