Kenapa dia menolak, tak tahu la pula. Mungkin, dia tak mahu agaknya gambar dia membeli barangan kanak-kanak itu disebarkan di internet pulak. Tetapi menurut teman baik , kedai permainan kanak-kanak tersebut sememangnya menjadi pilihan kekasih hati Fasha, Jejai untuk membeli barang mainan anaknya.
Malah, seminggu sebelum kehadiran Fasha ke sana, Jejai juga telah datang dan membeli sebuah helikopter untuk anaknya.
Tak pastilah Murai Batu kenapa Fasha berkelakuan begitu? Tapi apa yang nak sentuh di sini ialah sikap Fasha. tabik spring la dengan Fasha kerana dah rajin membeli-belah barangan kanak-kanak.
Mungkin tindakan tersebut adalah satu petanda bahawa dia telah bersedia untuk menjadi ibu tiri yang baik kepada anak Jejai. Siapa tahukan? Cuma kurang pastinya sama ada Nora Danish mengizinkan atau tak perkara tersebut berlaku (berbaik dengan anaknya)?
Sebab rasanya pelakon kecil molek ini pernah berkata jangan sesekali Fasha mendekati anaknya..Siapa tahu semuanya telah berubahkan?
No comments:
Post a Comment