Fenomena ini adalah disebabkan kehadiran satu-satunya kumpulan wanita di dalam konsert itu iaitu saja iaitu Girl Generation atau SNSD. Malah, boleh dikatakan dari hampir 9,000 penonton yang hadir pada malam itu, kebanyakannya terdiri dari peminat fanatik Girl Generation yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Singa tersebut.
Selain Girl Generation, kumpulan Bing Bang dan Infinite turut mendapatkan sambutan yang hangat daripada penonton. Ini berikutan, kedua-dua kumpulan itu juga baru pertama kali menghiburkan peminat mereka di Singapura.
Apa yang menarik, konsert yang diadakan pada 23 Oktober 2010 yang lalu ini, bukanlah kali pertama diadakan kerana pihak penganjurnya iaitu Proof Label Ltd telah menjadikannya sebagai konsert tahunan yang dibuat pada setiap tahun di Singapura.
Pun begitu, konsert ini dikategorikan sebagai konsert yang terbesar sekali sebanya ia bukan saja dihadiri oleh warga Singapura tetapi turut mengumpulkan kesemua peminat artis Korea Selatan dari seluruh Asia termasuklah Malaysia, Thailand, Japan dan China. Malah, Australia pun ada.
No comments:
Post a Comment