Thursday, November 25, 2010

TRANSFORMER muncul di K L?

SHAH ALAM: Penduduk di sebuah kawasan perumahan di sini hari ini digemparkan dengan kehadiran robot mainan besar di hadapan kedai mamak berdekatan, robot itu yang berwarna kuning serta dilengkapi dengan senjata pemusnah menjadi tanda tanya kepada para penduduk, lebih-lebih lagi yang melihat sendiri dengan mata kepala mereka. 

Ulasan seorang penduduk kawasan setempat yang hanya mahu dikenali dengan nama syaiful bukhari berkata "Saya tidak pernah nampak robot mainan sebesar ini selama saya menjadi manusia, saya rasa robot ni mungkin dalam perjalanan ke israel untuk membantu rakyat palestin berperang dengan puak zionist, oleh kerana lapar, beliau(robot) singgah sebentar di sini membeli roti telur untuk dijadikan bekal".

Rata-rata penduduk yang ditemui di kawasan berkenaan tidak menolak kemungkinan akan datang lagi robot-robot seperti ini pada masa akan datang. Seorang pekerja di kedai mamak berhampiran mengesahkan bahawa robot mainan ini ada singgah di kedainya untuk membeli dua keping roti telur bawang dan sebungkus air nescafe ais, tambahnya, robot itu berkali-kali memesan kepadanya untuk memberikan kuah kari ikan kerana beliau(robot) tidak sukakan kuah kari ayam.

Seorang nenek tua yang turut menyaksikan robot itu tiba-tiba pensan dan dikejarkan ke klinik berhampiran untuk diberikan rawatan kecemasan. Malangnya sebaik sahaja tiba di klinik haiwan berdekatan, nenek tua itu melompat-lompat selama kira-kira 15 minit sambil menjerit-jerit dengan menyebut "yeye masuk surat kabar!" berkali-kali. Berikutan itu nenek tua itu telah dilempar dengan selipar jepun penduduk setempat yang berang dengan perangai buruk nenek tua berkenaan yang disifatkan sebagai menconteng arang di muka setiap penduduk setempat. Turut sama meraih publisiti murahan di tempat kejadian ialah dua orang guru Muay Thai kanak-kanak spastik Sekolah Rendah Tamil Ulu Tiram yang sanggup menyewa khas sebuah bas persiaran untuk bergegas ke tempat kejadian sejauh kira-kira 200 KM(Kilometer) bersama-sama 78 orang murid-murid sebaik sahaja mendapat pesanan dari khidmat pengutus pesanan ringkas YM(yahoo messenger). Gambar berikut sempat diambil oleh seorang penagih dadah yang kebetulan berada di tempat kejadian ketika Yang Berhormat penagih dadah itu dalam rangka lawatan berunding dengan pengedar dadah di lokasi berhampiran


No comments:

Post a Comment