Friday, December 24, 2010

Heliza AF bakal bertunang ?

Hafiz yang kini aktif sebagai pengacara TV di RTM memang terlalu giat berjuang menjadi komposer terhebat di Malaysia sehinggakan dia agak sukar untuk menguruskan kariernya sendiri sebagai seorang penyanyi.



Namun, dalam kesibukan itu, Hafiz yang sebelum ini pernah putus tunang dengan seorang gadis akan kembali dengan status sebagai tunangan orang. Pun begitu, ia bukanlah bermaksud Hafiz akan bertunang semula dengan bekas tunangnya itu.

Apa yang pasti,  Hafiz bakal bertunang dengan seorang artis bertudung yang cantik iaitu Heliza Helmi. Betul ke?
Pada mulanya  bukan nak percaya sangat dengan perkhabaran yang  diterima ini. Bukannya apa, adakala cerita sebegini tercetus selepas orang melihat seseorang artis itu saling akrab dan mesra di depan khalayak ramai.

Kembali kepada kisah pertunangan di antara Hafiz dan Heliza...detektif sebenarnya diberitahu seorang jejaka kacak bahawa kisah mereka berdua bakal bertunang ini sebenarnya akan diumumkan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment