Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist
1 cawan minyak masak
Cara Membuatnya:
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi, pukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap untuk sebatikan adunan sahaja.
5. Sediakan acuan kecil berbentuk hati. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas atau bersamaan satu sudu makan sahaja kerana adunan akan naik seganda dari asal.
6. Kukus selama 10 hingga 15 minit dan sedia untuk dihidang.
Dengan menggunakan Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist, kek yang dibuat akan terus menjadi dan tidak ada masalah langsung jika anda mengikuti langkah demi langkah. Walaupun anda baru pertama kali membuat kek, namun hasilnya sama seperti tahap professional atau seolah-olah anda sudah biasa membuatnya. Memang senang dan mudah.
No comments:
Post a Comment