Sunday, December 12, 2010

Remy bersama dashing

Jenama penjagaan badan untuk lelaki, Dashing menyemarakkan keyakinan, kelelakian dan daya tarikan si jejaka dengan kehadiran pelakon popular, Remy Ishak sebagai duta terbaru produk mereka.

Berlandaskan keyakinan, karisma dan kesungguhan Remy sebagai seorang anak seni berwibawa, ia telah menjadi definisi terbaik kepada jenama Dashing serta menjadi inspirasi kepada para jejaka di luar sana.

Perlantikan Remy sebagai duta Dashing telah berlangsung di hadapan pihak media dan disaksikan Pengarah Urusan Unza (M) Sdn Bhd, Kumar Chander, di sini baru-baru ini.
Semerbak haruman sang pria, Remy tampil maskulin dengan empat variasi haruman Dashing yang memukau iaitu Speed, Style, Cool dan Active.



No comments:

Post a Comment