Wednesday, December 29, 2010

Malaysia Juara Piala AFF SUZUKI 2010




Syukur Alhamdulillah... Akhirnya piala AFF Suzuki menjadi milik kita. Setelah mengharungi 90 minit dan masa tambahan di Stadium Bung Karno dengan penuh aksi yang mencemaskan. Pujian harus diberikan kepada penjaga pintu gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan juga rakan -rakannya. Mereka semua menyajikan aksi yang sangat hebat.

Kepada Safee Sali di ucapkan terima kasih kerana menjaringkan gol yang amat berharga dan rakyat Malaysia bangga denganmu. Syabas pasukan Malaysia. selepas ini kita sasarkan kepada tahap yang lebih. Harimau Malaya telah bangkit dan jangan tenggelam lagi. Syabas Malaysia.

Friday, December 24, 2010

Heliza AF bakal bertunang ?

Hafiz yang kini aktif sebagai pengacara TV di RTM memang terlalu giat berjuang menjadi komposer terhebat di Malaysia sehinggakan dia agak sukar untuk menguruskan kariernya sendiri sebagai seorang penyanyi.



Namun, dalam kesibukan itu, Hafiz yang sebelum ini pernah putus tunang dengan seorang gadis akan kembali dengan status sebagai tunangan orang. Pun begitu, ia bukanlah bermaksud Hafiz akan bertunang semula dengan bekas tunangnya itu.

Apa yang pasti,  Hafiz bakal bertunang dengan seorang artis bertudung yang cantik iaitu Heliza Helmi. Betul ke?
Pada mulanya  bukan nak percaya sangat dengan perkhabaran yang  diterima ini. Bukannya apa, adakala cerita sebegini tercetus selepas orang melihat seseorang artis itu saling akrab dan mesra di depan khalayak ramai.

Kembali kepada kisah pertunangan di antara Hafiz dan Heliza...detektif sebenarnya diberitahu seorang jejaka kacak bahawa kisah mereka berdua bakal bertunang ini sebenarnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Wednesday, December 15, 2010

orang miskin bina sebuah masjid

Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, yaitu “Sanki Yedim Camii” (Masjid Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Dibalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.
Masjid Sanki Yedim Camii berada di pinggiran kota Istanbul Turki

Masjid Sanki Yedim Camii berada di pinggiran kota Istanbul Turki
Ceritanya begini, di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya şakir efendi’ (Khairuddin Afandi). Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Sanki Yedim” .

Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Uang yang seharusnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak (tromol)… Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Masjid Sanki Yedim dibangun di pinggirian kota Istanbul Turki

Masjid Sanki Yedim dibangun di pinggirian kota Istanbul Turki
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun keheranan, kok Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairud ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak bisa berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.

Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada AKhiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritana soerang yang miskin bisa membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem” (Angap Saja Saya Sudah Makan).

Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Jamaah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal sholeh dari harta yang halal dan bersih

al-Quran di hina oleh yahudi

Gambar-gambar di bawah ni mungkin boleh menggangu perasaan anda. Terutama kepada mereka yang beragama Islam yang mana kitab suci Quran dijadikan pedoman. Tetapi akhirnya anda akan melihat betapa biadapnya orang kafir menghina kitab suci tersebut








Monday, December 13, 2010

Shuib (sepah) dah bertunang



Betul, saya sudah bertunang dengan Sarah pada tanggal 16 November 2010 yang lalu," jelas Shuib kepada wartawan hiburan dalam sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Golden Palm Tree Resort Sepang, malam tadi.

Pengakuan Shuib yang juga salah seorang daripada trio anggota kumpulan Sepah ini ternyata telah memeranjatkan semua pihak wartawan hiburan yang hadir di majlis tersebut.

Apa tidaknya, dalam diam-diam, mereka telah pun menyembunyikan hal pertunangan mereka itu daripada pengetahuan pihak wartawan hiburan. Tapi, kenapa ianya mesti dirahsiakan?

Sunday, December 12, 2010

Remy bersama dashing

Jenama penjagaan badan untuk lelaki, Dashing menyemarakkan keyakinan, kelelakian dan daya tarikan si jejaka dengan kehadiran pelakon popular, Remy Ishak sebagai duta terbaru produk mereka.

Berlandaskan keyakinan, karisma dan kesungguhan Remy sebagai seorang anak seni berwibawa, ia telah menjadi definisi terbaik kepada jenama Dashing serta menjadi inspirasi kepada para jejaka di luar sana.

Perlantikan Remy sebagai duta Dashing telah berlangsung di hadapan pihak media dan disaksikan Pengarah Urusan Unza (M) Sdn Bhd, Kumar Chander, di sini baru-baru ini.
Semerbak haruman sang pria, Remy tampil maskulin dengan empat variasi haruman Dashing yang memukau iaitu Speed, Style, Cool dan Active.



Friday, December 10, 2010

resepi nasi dagang utara




Bahan-bahan :
1 kilo daging…dipotong 4 segi agak besar dan di rebus hingga lembut
1 kilo beras basmathi…bersih dan toskan
Air rebusan daging di sukat bersamaan dgn sukatan beras basmathi…
1/2 cawan susu cair…
1/2 cawan minyak masak
3 s/b minyak sapi
1 tin tomato sup Kimball
3 s/b rempah nasi daging…boleh beli kedai mamak rempah…kalau tak de boleh guna rempah kurma
1 sudu kecil rempah sajira – rempah ni mmg susah nak dapat…tapi boleh tanya kedai mamak yg jual rempah…mesti ada punya…kalau x ada tak yah masuk
sedikit gula batu dan garam secukup rasa
sedikit kismis dan bawang goreng untuk taburan
Bahan tumis :-
4 sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan Pelaga
sedikit daun ketumbar – untuk wangikan nasi
3 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
1 labu bawang besar – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar

Cara :
1. Panaskan minyak masak dan masukkan minyak sapi
2. Tumis 4 sekawan, daun ketumbar, daun pandan dan halia
3. Masukkan bahan yang dikisar
4. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air…kacau biar wangi
5. Masukkan air rebusan daging yg tlh disukat, tomato sup dan daging yang tlh lembut
6. Setelah air mendidih, masukan gula batu dan garam secukup rasa dan baru masukkan susu cair
7. Masukkan beras dan kismis. Masak dgn rice cooker untuk nasi masak sekata..
8. Gemburkan nasi…boleh ambil daging yg tertanam dalam nasi untuk dicicah bersama air asam

Hiasan dgn taburan bawang goreng dan boleh dimakan dgn dalca dan air asam.
* resepi atas macam byk bahan sket, tapi saya selalu beli Rempah Nasi Bukhari je, ringkas,cepat dan mudah.

Thursday, December 9, 2010

ariel kena penjara



Hingga saat ini Luna Maya selalu menyokong dan menguatkan Ariel. Artis cantik ini sudah mempercayakan kesnya kepada peguam, sedang yang beliau dapat lakukan adalah mencuba memberikan support kepada kekasihnya tersebut secara emosi.

Walau selalu menyokong
Ariel, hal itu tidak pernah sampai mengganggu pekerjaan Luna. Menurutnya, beliau bakal berusaha untuk dapat terus mendampingi Ariel dalam menghadapi kes yang melibatkan mereka berdua.

Ketika
Luna berkunjung ke penjara, Ariel sering minta dibawakan buku. Salah satunya buku mengenai nabi-nabi. Menurut bekas presenter DAHSYAT tersebut saat ini Ariel menjadi lebih rajin membaca buku.

Tuesday, December 7, 2010

lagi cerita panas ariel peterpan


Jika sebelum nie masyarakat dikejutkan (terkejut ke???) dengan kes video lucah Luna Maya dan Cut Tari dengan Ariel Peterpan. Sekarang nie timbul plak kisah baru. Kes lama pun tak habis bicara lagik. Yang terbaru pasal Foto Video Mesum Aura Kasih dengan Ariel Peterpan plak. Gambar yang memaparkan adegen sex yang memapakan muka iras-iras Aura Kasih and Ariel Peterpan. Takan sampai dua-dua muka nak sama....pelik??? Cuma persoalannya sekarang kenapa gambar jea. Bukan video Aura Kasih dan Ariel Peterpan seperti yang tersebar sebelum nie? Mungkin ke si penyebar video Ariel nie dah tak berani lagik nak terbitkan takot kene saman atau hukuman oleh pihak berkuasa. Kira harap camtue la. Simpan jea la wat koleksi peribadi (korang ade ke?) 



Berita yang diterima dari berita blog orang dari bandung cakap foto nie dah sampai ke pihak wartawan. Gambar tu memang nampak sahih yang mana memaparkan aksi sorang laki dan pompuan tak pakai baju. gambar pertama ade gamba perempuan jea, mirip sangat-sangat Aura Kasih.
Buleh caye ke berita nie? Sampai sekarang orang ramai masih mencari kebenarannya berita nie. So, tunggu jea la ade ke tak video Aura Kasih dan Ariel Peterpan nih ade ke tak. Harap-harap Video Ariel Peterpan dan Cut Tari yang terakhir. Aduhaiiiiii!!!!!!!!!!

Saturday, December 4, 2010

Resepi kek coklat Moist

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
500g Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist
1 cawan minyak masak

Cara Membuatnya:
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan air dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist ke dalam adunan tadi, pukul lagi.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan pukul sekejap untuk sebatikan adunan sahaja.
5. Sediakan acuan kecil berbentuk hati. Tuangkan adunan anggaran setengah bekas atau bersamaan satu sudu makan sahaja kerana adunan akan naik seganda dari asal.
6. Kukus selama 10 hingga 15 minit dan sedia untuk dihidang.
Dengan menggunakan Tepung Kek Campuran Segera Most Chocolate Moist, kek yang dibuat akan terus menjadi dan tidak ada masalah langsung jika anda mengikuti langkah demi langkah. Walaupun anda baru pertama kali membuat kek, namun hasilnya sama seperti tahap professional atau seolah-olah anda sudah biasa membuatnya. Memang senang dan mudah.

Resepi Mee Rebus Tulang




Bahan-bahan :
  • 600 gm mee kuning
  • taugeh
  • 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • caipo n limau kasturi
 *UTK KUAH*
  • 5 sb lada boh
  • *3-4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2-3 batang serai
  • *1 inci lengkuas
  • *2 sb udang kering
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai
  • 400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb taucho
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka
  1. Rebus tulang hinnga empuk…. Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh…. Kemudian masukkan santan pekat…
  2. Sementara itu dikuali lain… tumis lada boh hingga garing…. Kisar bahan bertanda *… masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak….
  3. Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis… biar garing dan naik bau… masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi…..
  4. Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka….. Biar hingga kuah pekat… (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
  5. Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis…..
  6. Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
  7. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi… tuanglah kuah kat atasnyer….. siap….

Friday, December 3, 2010

tomok newboyz sakit ?

Mengulas tentang hal ini, Tomok menafikan segala prasangka tersebut. Sebaliknya, dia mengakui sejak dulu hingga kini, berat badannya memang tidak pernah naik melebihi daripada 55 kg.

"Berat badan Tomok tak pernah-pernah berubah. Harap janganlah prasangka hanya kerana badan Tomok begini. Terus-terang, Tomok sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit. Mungkin, berat Tomok tak naik sebab Tomok tak cukup tidur dan kuat sangat bekerja.



"Tomok juga tak pernah mengambil bahan-bahan terlarang seperti dadah atau pun ganja. Ketika persembahan, Tomok hanyalah menjadi diri sendiri tanpa bantuan sebarang pil larangan. Apapun, ayah Tomok memang ada tegur Tomok kenapa badan Tomok kurus sangat.

"Sejujurnya, Tomok memang pernah cuba makan ubat untuk menambahkan berat badan. Tomok teringin juga mempunyai badan yang berisi sikit. Tapi, nak buat macam mana, berat badan Tomok tetap tak naik juga," katanya

Mengulas pula tentang lagu Cintaku Di Indonesia yang kononnya ditujukan khas buat buah hati Tomok di seberang, Tomok berkata, sebenarnya lagu itu dihasilkannya sewaktu berkunjung ke Palembang.
"Waktu itu, Tomok ke sana atas tujuan untuk promosi kecil album ini. Dari situlah Tomok mendapat idea untuk menulis lagu tersebut. Kebetulan pula, Tomok mempunyai fanbase di sana. Jadi, lagu ini adalah penghargaan buat peminat di Indonesia. Apapun, tema cinta tidak bermaksud ditujukan buat seorang saja," jelasnya lagi.

Wednesday, December 1, 2010

ariel peterpan di hukum mati ?

semua orang dah tahu sejak dua hari lepas vokalis Peterpan yang kacak, Ariel telah pun dibicarakan atas dakwaan mengedar video seks di Internet . Boleh disimpulkan perbicaraan tersebut sebagai cukup hangat dan menarik perhatian pelbagai pihak.




Demi memastikan tidak ada rusuhan atau masalah sebelum berlangsungnya perbicaraan secara tertutup itu, seramai 100 orang polis ditugaskan menjaga keselamatan di luar mahkamah. Begitu hebatnya penangan kekasih hati Luna Maya ini sampai begitu sekali fenomena yang diciptanya.

semasa perbicaraan ramai peminat fanatik Ariel berada di luar mahkamah memberi sokongan kepadanya dengan menyanyikan lagu-lagu nyanyian Ariel. Tapi tak kurang juga ramainya penunjuk perasaan yang membenci Ariel berhimpun siap dengan sepanduk dan menjerit memarahi lelaki itu.
Paling menakutkan penunjuk perasaan anti Ariel itu menjerit meminta mahkamah menjatuhkan hukuman mati pada penyanyi berusia 29 tahun itu.

lebih takut mendengarnya tapi rasanya itulah petanda yang mungkin mereka sangat-sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku.
Tidak kisahlah berapa ramai yang nak berhimpun menyokong atau membencinya, yang penting sebelum perbicaraan, gelojak hati si teruna itu telah pun dapat diredakan setelah menerima kunjungan kekasih hatinya. Luna Maya dikatakan telah pun menghabiskan masa sejam berjumpa dan berbicara dengan Ariel.
Dalam pada itu, mengikut kenyataan peguam Ariel,perbicaraan hari ketiga akan diadakan pada minggu depan dan ia akan berlangsung secara terbuka. Malah dengarnya keputusan mengenai nasib penyanyi itu akan diputuskan pada hari tersebut.

Kalau bersalah akan dihukum penjara selama 12 tahun menanti dia selain bayaran denda melebihi RM 2 juta.
Moga-moga keputusan yang diterima sewajarnya kerana susah juga nak cakap siapa yang betul dan siapa yang salah. Harap-harap kes si pelantun lagu Mungkin Nanti ini akan menjadi iktibar buat warga seni yang lain agar lebih berhati-hati di masa depan.