Monday, December 13, 2010

Shuib (sepah) dah bertunang



Betul, saya sudah bertunang dengan Sarah pada tanggal 16 November 2010 yang lalu," jelas Shuib kepada wartawan hiburan dalam sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Golden Palm Tree Resort Sepang, malam tadi.

Pengakuan Shuib yang juga salah seorang daripada trio anggota kumpulan Sepah ini ternyata telah memeranjatkan semua pihak wartawan hiburan yang hadir di majlis tersebut.

Apa tidaknya, dalam diam-diam, mereka telah pun menyembunyikan hal pertunangan mereka itu daripada pengetahuan pihak wartawan hiburan. Tapi, kenapa ianya mesti dirahsiakan?

1 comment:

  1. huhuhu
    kalo tak silap..
    dlm islam kalau bertunang x elok hebah2 kan!

    ReplyDelete